SIAPA SAYA

My photo
Shah Alam/ Klang, Selangor, Malaysia
Pengusaha cendawan yang bercita-cita tinggi.... untuk memajukan industri cendawan tiram kelabu

KAMI MENYEDIAKAN BAHAN ASAS UNTUK PERUSAHAN CENDAWAN


Cap/neck/stoper
Plastik bag 6 X 13
Habuk Kayu getah
Bungkah cendawan
Cendawan
Dedak padi
Kapur Pertanian
Baja Kompos (najis kambing EM)
EM.
BOI-PLANT
WOOD VINEGER(cuka kayu)

FETIGASI SISTEM

KAMI DI MULTIVAR ADA MEMBEKALKAN PERALATAN DAN BAHAN MENTAH UNTUK FETIGASI.

DRIPER
NIPLE
TIUB POLY
MINI TIUB
MEDIA
ANAK CILI
TIMER
EXTENSION
SISTEM 10 POKOK

Wednesday, September 24, 2008

Misi penjualan bongkah pertama


Selepas aidilfitri ini kami akan mula menjual bongkah cendawan kami. Untuk makluman semua bongkah cendawan kami mengandungi samaada kombinasi BIO_PLANT dan EM atau WOOD VINEGER dan EM kedua- duanya sama. Bongkah kami agak panjang kerana kami memaksimumkan pengunaan plastik. Angaran berat ialah 900 gram -1000 gram.

Pelangan boleh tgk sampel yg gambar terbaru ttg umur dan keadaan bongkah kami. Harga seperti sebut harga yang saya sediakan. Buat masa ini kami hanya boleh menyediakan 2K bongkah separuh matang dan 5oo bongkah hampir matang. bongkah yang baru suntik ada dalam kuantiti yang maksimum....

Penghantaran untuk sekitar lembah Klang boleh kami sediakan.

Untuk luar Lembah Klang kos penghantaran akan di kongsi bersama antara kami dan pembeli.

Setiap pelangan akan di bekalkan dengan larutan EM.

Setiap tempahan akan mengambil masa seminggu untuk proses penghantaran bergantung kepada kuantiti dan jarak penghantaran....

Tuesday, September 23, 2008

PEMERAMAN







Setelah penah berhempas pulas mengembeling tenaga empat kerat kami bertiga telah berjaya memcapai sasaran awal 2K bongkah setakat ini. Gaulan media yg pertama telah di buat pada pertengahan bulan lapan. Sekarang bongkah sudah separuh dipenuhi misilium. Rasanyer sebulan lagi kami akan dapat merasai hasil pertama.
Sekarang aktiviti penghasilan bongkah di hentikan buat sementara waktu untuk memberi peluang kepada kami membuat persiapan hari raya.Selepas raya aktiviti pembuatam media akan kembali rancak.
Target kami ialah 300 sehari. Sasaran awal bongkah yang akan boleh memenuhi rumah cendawan kami ialah 20K sahaja.

Monday, September 22, 2008

Balik Raya - Servis kereta

Hari ini dah masuk hari yang ke 22 kita berpuasa. Ada 8 hari lagi utk menyambut syawal. Ramai yang telah meminta cuti, ada yang sibuk menyediakan persiapan terakhir raya termasuk baju raya utk diri, isteri dan anak2. Ada yang sibuk membeli kueh raya utk di beri kepada mak dan mertua, ada yang nak bg kat bakal mak mertua pun ada.
Semua orang sibuk...
Si ibu sibuk dengan persiapan raya utk anak2, kueh utk keluarga, baju raya suami supaya tidak tertingal, baju raya anak2 dan sebagai nyer.

Si bapa sibuk men servis kereta utk balik beraya. pastikan tayar, minyak itam, timing belt dan air radiator di periksa. Saya ingatkan diri saya dan rakan2 kerana saya akan berjalan jauh nun ke Bachok Kelantan 500 km dari KL yg biasanya memakan masa 7 jam tapi bakal berubah menjadi 10- 14 jam bila musim raya. Kenapa jauh sangat kampung saya tu... penat nyer memandu.

Minggu lepas ari Khamis semasa balik dari kerja tayar belakang wira saya telah meletup. Nasib baik masa tu saya bawak pelahan jer.mungkin terlangar sesuatu kot. Sebelum ni saya teringin utk tukar tayar tu selepas balik raya tetapi nasib saya amat baik kerana tayar tu telah meletup awal lagi bukan semasa saya dlm perjalanan balik kampung. Ari jumaat tu saya telah tukar 2 bijik tayar dgn harga RM 268 ringgit. takper sikit jer tu kalu nak dibandingkan kalu apa2 terjadi kat saya sekeluarga masa dlm perjalanan ke kampung nnt.

Setiap kali balik beraya mesti akan terjumpa ngan kereta yg breakdown tepi jalan, ini mesti kes tak sempat servis kereta atau tak buat persiapan yg perlu utk berjalan jauh ni. Ada jugak yang tersadai kerana perbuatan manusia yg memandu laju dan tidak berhemah.

Apa pun kepada semua pastikan anda sampai ke destinasi dengan selamat

Tuesday, September 16, 2008

Cara Daftar Perniagaan

Caranya begini;

1. Sediakan satu salinan fotostat kad pengenalan untuk dibawa ke pejabat SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).

2. Sampai SSM terus ke kaunter borang. Minta borang PNA42(permohonan nama perniagaan). Isi borang PNA42 dan serah semula ke kaunter tadi untuk dapatkan nombor giliran.

3. Masuk ke dalam dan cari kaunter . Letakkan borang PNA42 tadi ke dalam tray yang disediakan. Tunggu nombor giliran naik. Bila nombor dipanggil, dah dapat keputusan nama perniagaan tu lulus atau tidak. Dapat surat pengesahan nama perniagaan dan Borang-A.

4. Isi Borang-A (permohonan daftar perniagaan)

5. Pergi ke Pesuruhjaya Sumpah untuk dapatkan cop pengesahan pada borang. Pesuruhjaya sumpah tu ada kat opis-opis kecik sekitar luar pintu SSM tu. Bayaran Pesuruhjaya Sumpah cuma RM5.00

6. Datang semula ke kaunter borang untuk ambil nombor giliran.

7. Masuk dalam ruang menunggu dan tunggu nombor naik.

8. Nombor naik. Gi kat kaunter yang panggil tu serahkan Borang-A, Surat Pengesahan Nama Perniagaan dan bayaran RM70 tunai.

9. Satu jam kemudian (dalam sejam tu pergi la minum-minum dulu) pergi ke kaunter no.12 dan collect lah Sijil Pendaftaran Perniagaan anda tu.. Check dulu kalau ada apa-apa kesilapan.

Modal cuma RM75 sahaja.

sekarang ini bertambah mudah nak daftar perniagaan sbb dah boleh daftar online

..step..

Daftar www.gov.myn masuk e-lodgement SSM kt sini.. ..

Monday, September 15, 2008

ARTICEL YG BOLEH MEMBANTU (Dari CIMA AGRO )

Jika anda sudah membuka ladang dan ladang anda diserang penyakit, apakah yang perlu dilakukan? Jabatan atau pihak mana yang boleh diharapkan untuk membantu? Melalui pengalaman saya, kita tidak boleh berharap pada sesiapa pun. Tiada satu jabatan ketika ini yang dikhaskan khusus untuk kaji selidik tanaman cendawan serta penyakitnya. Tidak seperti tanaman industri lain seperti getah dan kelapa sawit yang ada pusat penyelidikannya. Alhamdulillah, pengalaman yang saya dapat selama 6 tahun dalam bidang penanaman cendawan ini membawa saya kepada saya sekarang ini. Kini saya ingin kongsikannya dengan semua,. terutama berkenaan dengan penyakit cendawan. Ia juga menjadi salah satu modul yang diperbincangkan secara mendalam dalam Kursus Intensif Tanaman Cima Agro yang saya adakan. Semoga rakan-rakan satu bidang dengan saya yang juga menganjurkan kursus tanaman cendawan, dapat menyampaikan ilmu saya yang tidak seberapa ini pada peserta kursus masing-masing.
Ada 2 sebab utama yang menyebabkan pengusaha berhenti separuh jalan dalam industri ini.

- Masalah PenyakitAda berbagai jenis penyakit cendawan tetapi penyakit yang paling terkenal dalam industri cendawan di Malaysia adalah penyakit hijau dan penyakit oren
- Masalah PasaranMasalah ini berlaku dalam tahun 70-80an dahulu dimana kerajaan mempromosikan industri ini secara besar-besaran maka ramailah orang menceburkan diri dalam bidang ini hingga berlaku lambakan.

Vektor masalah penyakit cendawan adalah
1. Penyuntik benih
2. Bilik suntik (bilik dan udara bilik)
3. Alat suntik yang bersentuhan benih (pelerai benih dsb)
4. Benih yang disuntik (bebas penyakit?)
5. Beg media yang disuntik (pengukusan sempurna? Penjagaannya?)

KULAT HIJAU
Jika penyakit yang anda alami adalah beg media berwarna HIJAU.. adalah penting menentukan keluarga hijau tersebut. Tidak semestinya kalau ia berwarna hijau sahaja, ia akan jatuh pada keluarga yang sama... Jika kulat hijau tersebut asal usul dari lumut hijau tepi longkang, bermakna longkang anda perlu dicuci! Disinilah yang menyebabkan saya perlu ke tempat pengusaha yang bermasalah untuk memerhati dan menganalisa apa penyebabnya. Kadang-kadang pengusaha tidak dapat melihat kesalahan yang mereka lakukan di depan mata dan memerlukan orang luar untuk menegur mereka. Kajian tentang prosedur dan proses kerja mereka juga adalah penting untuk saya mengetahui punca penyakit. Contoh, mengetahui proses pengukusan mereka dapat memastikan pengukusan adalah sempurna atau tidak

Dalam alam bakteria dan fungi ada 2 jenis kelas.
a) Yang tahan kepanasan tinggi (thermoresistant)
b) Yang tidak tahan panas
Kelas b) akan mati bila kita stim kan ala kadar tetapi kelas a) akan tetap hidup jika pemanasan adalah tidak betul. Jika nasib kita baik, kelas a) ini hanya dalam jumlah yang kecil didalam beg media dan akan dimatikan oleh koloni Mycelia Plerotus yang kita suntik didalamnya pada proses menyuntik nanti. Tapi adalah berbahaya jika bergantung pada nasib jika kita boleh buat pengukusan yang sempurna. Dapatkan jangkasuhu (dalam lingkungan RM80 harga pada 2 tahun dulu) untuk pastikan suhu dan rekodkan suhu paling tinggi dicapai dan ketahui berapa lama ia akan kekal pada suhu itu.
Untuk pengetahuan, pengukusan stim yang diguna pakai di Cima Agro tidak pernah mencecah 100C..Perlu di ingat juga bahawa tidak perlu memasak beg media dengan suhu terlampau tinggi (menggunakan boiler pada suhu atas 100C) kecuali kawalan had suhu dikenakan. Jika tidak, ia akan membunuh bacteria baik (streptomyces) yang ada didalamnya

Melalui pengalaman, CIMA AGRO telah mewujudkan prosedur prosedur sekiranya masalah hijau mencapai tahap kerosakkan lebih 10%. Maka kami ingin berkongsi kepada semua pengusaha akan cara-cara kami.
Langkah-langkah yang perlu dilakukan adalah seperti berikut.
a) Ambil 9 biji beg kompos.
b) 3 biji dibawa ke bilik tempat anda menyuntik, di buka dan didedahkan kepada udara bilik suntik dalam 1-3 minit (jangan letak benih) dan ditutup semula. Kemudian dieramkan di tempat bersih jauh dari rumah cendawan lain contoh rumah kawan anda, pejabat anda dan sebagainya.
c) 3 biji tidak di buka dan tidak disuntik. Keluar dari tempat kukusan, dibawa terus ke rumah eram..
d) 3 biji tidak di buka dan tidak disuntik. Keluar dari tempat kukusan, dibawa terus ke rumah.hasil.

Jika beberapa hari, b yang tidak berbenih jadi hijau, maka masalah anda bukan dari benih tetapi sebenarnya ia berasal dari bilik benih atau yang menyuntik benih.

Jika b tidak hijau tetapi c atau d hijau bermakna rumah eram/hasil anda telah di penuhi dengan hijau dan perlu di kosongkan dan di basmikuman dengan segera sebelum koloni hijau tersebut bertambah dan berganda. Mungkin juga ia disebabkan oleh kukusan yang tidak sempurna. Jika hijau tersebut timbul di tengah-tengah badan beg media tersebut, maka sahlah kukusan anda tidak sempurna!!

Tetapi jika b tidak hijau maka anda boleh dapat pastikan ia memang asalnya dari benih. Tiada apa masalah dalam kukusan anda. Bermakna pengukusan, bilik suntik, penyuntik (tukang suntik) anda adalah baik. Oleh kerana itu segera hentikan pembelian/pengambilan benih dari sumber biasa dan beralih ke sumber lain.Disinilah pentingnya ilmu membuat benih sendiri. Jika anda membuat benih sendiri, periksa setiap minggu sebelum kulat hijau tersebut di tutup oleh miselia cendawan kita. Bagi yang menjual benih secara komersil, pemeriksaan setiap minggu ini agak melecehkan untuk mereka. Jika tidak diperiksa pun ia tetap putih melepak selepas tempoh tertentu dan boleh dijual kepada pengusaha cendawan di luar sana termasuk anda. Akhirnya ia merugikan anda sebagai pembeli.
*Jika masalah hijau melanda lepas korekkan, bermakna mungkin anda membuat korekkan atau pembersihan dengan cara yang salah. Untuk pastikan, bawa beberapa beg yang belum dibuka ke tempat pengusaha lain yang tidak mengalami masalah ini. Jika beg tersebut berada dalam keadaan baik di tempat orang, ia mengesahkan penjagaan beg anda adalah salah.Mengapa kita mesti mengetahui punca penyakit dengan melakukan proses diatas? Bagi saya, jika kita sudah tahu punca penyakit, langkah seterusnya sudah jadi mudah! Hapuskan punca penyakit tersebut dan masalah anda selesai..

Pengedar EM-1 dan Emas


Saya rasa ramai orang tahu tentang EM. Apa kegunaan Em dan dimana utk beli Em. Jadi untuk kengkawan yang ingin dapatkan EM ni boleh hubungi saya.
Harga memang special.
EM1 -Rm 35 untuk 1.5 liter.
Emas RM 15 untuk 1.5 liter




Effective Microorganisms (EM) ‘bakteria baik’ hasil kultur campuran dari mikroorganisma hidup yang membantu merencatkan pertumbuhan bakteria patogen/bakteri jahat yang ada dalam sistem tumbesaran. EM adalah kultur campuran Bakteria asid laktik, Bakteria fotosintetik, Kulat penapaian dan Yis yang baik digunakan dalam sektor pertanian, perternakan, perikanan, pengomposan, rawatan bau, rawatan air, kegunaan isirumah, produk kesihatan, rawatan sisa buangan, rawatan tanah, pembersihan dan lain-lain.
EM ini membawa kepada wujudnya pesekitaran alam semulajadi yang stabil (neutral) dan sesuai kepada semua kehidupan.


Fungsi dan kebaikan Bakteria



  • Mengikat nitrogen di atmosfera.


  • Penguraian/pereputan bahan organik dan bahan buangan


  • Menghalang patogen-patogen jahat yang ada dalam tumbesaran


  • Mengitar semula dan menambah kehadiran nutrient dalam tanaman


  • Mengurai dan Memusnahkan sisa-sisa toksik dari penggunaan racun rumpai dan serangga


  • Pengeluaran antibiotik dan bahan-bahan bioaktif lain


  • Menukar/Mengeluarkan molekul organik yang ringkas dan mudah diambil oleh tanaman


  • Melarutkan bahan tak larut untuk sumber nutrien


  • Pengeluaran polisakarida untuk menyuburkan tanah dan memperbaiki struktur tanah

Kebaikan EM dalam bidang pertanian




  • Menggalakkan pertumbuhan, pembungaan,buah,dan kemasakan dalam tanaman


  • Memperbaiki secara fizikal,kimia dan biologikal persekitaran tanah dan menghalang patogen-patogen tanah dan serangga.


  • Memperbaiki aktiviti fotosintesis pada tanaman


  • Memastikan pertumbuhan pucuk dan tanaman


  • Meningkatkan kecekapan bahan organik sebagai baja


  • Membina ketahanan tanaman dari penyakit dan serangga perosak

PENANAMAN SAYUR-SAYURAN DAN CENDAWAN


Tidak perlu lagi menggunakan racun-racun kimia yang berbahaya untuk kawalan penyakit sayuran, cukup dengan hanya menggunakan Effective Microorganism (Em) sebagai bahan yang lebih selamat dan mesra alam. Semburan pada tanah dapat menyuburkan tanah kerana EM menguraikan bahan-bahan organic dalam tanah. Kandungan N dapat ditingkatkan dengan kehadiran YIS dalam produk ini


Penggunaan Bio Teknologi EM dalam Cendawan telah diakui berkesan oleh Jabatan Pertanian dan Pertubuhan Peladang Kebanggsaan (LPP) majalah peladang bil 12/2006 edisi DEC. Boleh mengurangkan kerosakan pada bongkah (PP) cendawan setelah melalui proses pemeraman. ‘Bacteria baik’ atau EM ini juga dapat meningkatkan tumbesaran cendawan dan menambah pusingan pengeluran 6-7 kali. Bongkah Cendawan yang sudah lama dan tidak lagi hasilkan cendawan boleh ditukar kepada baja kompos yang berkualiti tinggi.


Kebaikan: Tingkatkan hasil 10% ke 15%, Kerosakan berkurangan 20%, Rasa lebih kenyal dan sedap, Tiada serangga, Cendawan tahan 6 ke 7 hari


Cara penggunaan:-Em disembur kepada seluruh bahagian semasa pembersihan tempat penanaman pada cairan 1:500. -Semasa penyediaan bongkah, campurkan EM pada air dengan nisbah 1:500. ½ sudu teh + 1 liter air atau 1 sudu besar + 16 liter air (satu baldi)-Sembur EM di sekeliling bangsal sehingga jarak 50 meter untuk mengelakakan serangan serangga. Ia boleh menghalang kemasukan serangga perosak.-Selepas tuaian, sembur EM pada nisbah 1:100 pada bangsal



CARA PENGAKTIFAN EM1

1. PASTIKAN BEKAS YANG KITA NAK GUNAKAN ITU BERSIH
2. ISIKAN BEKAS DENGAN 18 LITER AIR TANPA KLORIN ( KALAU PAKAI AIR PAIP PASTIKAN DJEMUR DULU SE PETANG UNTUK BUANG KLORIN.
3. TAMBAHKAN 1 LITER MOLESES DAN KACAU BIAR SEBATI.(MOLESES ATAU GULA MERAH PUN BOLEH PAKAI). INI ADALAH SEBAGAI MAKANAN KEPADA MICROB.GULA MERAH @ MOLESES ADALAH SAMA DARI SEGI FUNGSI DIA.
4. MASUKAN 1 LITER EM 1 DAN KACAU SEHINGGA SEBATI
5. CAMPURAN INI BOLEH DIMASUKAN KE DALAM BOTOL DAN DI TUTUT RAPAT DAN DI SIMPAN DI TEMPAT GELAP.
6. SELEPAS HARI KETIGA LEPASKAN GAS YANG DIHASILKAN. JIKA ADA GAS YANG TERHASIL BERMAKNA EM ANDA ITU HIDUP ( AKTIF)
7. SELEPAS HARI KE 7 EM AKTIF ANDA SUDAH BOLEH DI GUNAKAN.
Nota: Semua air utk tujuan penggunaan EM.1/EMAS mestilah tidak berklorin
Nisbah (EMAS:Air) penggunaan EMAS adalah
Utk tujuan pereputan nisbah 1:50
Utk menyahbau 1:100 atau 1:200
Utk minuman haiwan 1:200
Utk rawatan kolam ternakair 1:500 hingga 1:1000
EMAS seelok2 digunakan dlm 14hari dari pengaktifan atau maksima 30hari.
Elakkan terdedah kepada cahaya dan suhu terlalu tinggi.
EM1 ANDA BOLEH BERTAHAN SEHINGGA LEBIH SETAHUN DENGAN SYARAT DALAM MASA 6 BULAN SEKALI ANDA KENA BAGI MAKAN SEDIKIT GULA MERAH ATAU MOLESES.
UNTUK PENGUNAAN YANG SEDIKIT EM1 BOLEH DIAKTIFKAN DALAM KUANTITI YANG SEDIKIT.
NISBAH CAMPURAN ADALAH
1 EM1:1MOLESES:18 AIR


Pengedar cuka kayu @wood vineger


Untuk makluman semua saya ada membekal cuka kayu.


Cuka kayu @ wood vinegar telah digunakan di Jepun, Taiwan & Eropah secara meluas untuk pertanian organik, hortikultur, dusun, taman, padang golf, estet, ladang ternakan dan kegunaan rumahtangga.
Ia mampu berfungsi sebagai pengawal makhluk perosak, lumut & rumpai. Sebagai baja asli, menggembur dan meneutralkan keasidan tanah. Membahtu pertumbuhan tanaman. Pembunuh kuman dan menghilangkan bau busuk. Sebagai tambahan kepada makanan ternakan.Produk buatan Malaysia berkualiti export, terdapat dalam 2 gred, pertanian dan kosmetik.

Cuka kayu @ Wood Vinegar gred kosmetik digunakan secara meluas dalam industri perubatan dan kosmetik. Mampu mengurangkan jerawat, mematikan sel-sel ketuat dan menyerap toksik dalam badan. Gred pertanian telah menjalani proses pemeraman dan pengasingan tar selama 6 bulan manakala gred kosmetik melalui proses yang sama selama 1 tahun.

Ia merupakan hasil sampingan proses pembuatan arang yang selama ini hanya dibiarkan bebas dan terbuang begitu sahaja.


Kegunaan Cuka Kayu
Ciri-ciri Am


  1. Bertindak sebagai penangkis makhluk perosak, mengawal pertumbuhan kulat merbahaya dan bakteria.

  2. Membasmikuman dan meneutralkan keasidan tanah, membaiki tahap pH dan menambah kepekatan Nitrogen menjadikan tanah lebih sihat.

  3. Mengurangkan kerosakan oleh penyakit tumbuhan dan serangga musuh tanaman.

  4. Mengurangkan penggunaan bahan kimia dan baja komersial sehingga 50%.

  5. Menambah jangkahayat batas tanaman, memanjangkan tempoh kesegaran sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan, menambah kemanisan buah-buahan dan tebu

  6. Menghilangkan bau bahan buangan ladang dan membasmikuman ladang ternakan lembu, ayam dan sebagainya.

  7. Sebagai bahan tambahan makanan ternakan - menambah kualiti dan kemanisan daging ternakan & ikan, menambah nutrien telor.

  8. Mengurangkan masa kukusan bongkah cendawan, menghindar masalah kulat hijau, oren dan hitam dalam industri cendawan.

Aplikasi & Penggunaan Pertanian



  1. Untuk kawalan makhluk perosak dan mikroorganisma pada lubang tanaman, cairkan pada nisbah 1:50 (cuka kayu : air) 10 hari sebelum menanam, siramkan pada lubang tanaman.

  2. Untuk mengelakkan hama dalam proses pembenihan, cairkan pada nisbah 1:800, semburkan pada benih di tapak semaian setiap 10 hari.

  3. Untuk mengawal makhluk perosak dan membunuh kulat merbahaya, cairkan pada nisbah 1:200, semburkan pada pucuk dan daun seminggu sekali.

  4. Untuk membasmikuman dan meneutralkan pH tanah, cairkan pada nisbah 1:300, siramkan pada akar pokok.

  5. Untuk mengurangkan buah gugur dan menambah kualiti buah, cairkan pada nisbah 1:500, semburkan pada putik buah.

  6. Untuk kawalan serangga, gunakan pada kecairan 1:1000 dan campurkan dengan 50% kepekatan racun serangga dari biasa.

  7. Untuk kawalan rumpai/lumut, nisbah 1:5, semburkan terus pada rumpai/lumut.


Penternakan



  1. Boleh digunakan sebagai mandian ternakan (kecairan 500-1000x)

  2. campuran makanan (kecairan 100x, 1 liter utk 100kg makanan)

  3. juga sebagai bahan antikuman untuk pembersihan kandang (kecairan 100-500x).


Ini dapat menghilangkan sakit perut haiwan, meningkatkan kualiti daging, susu, merangsang pembesaran dan menjadikan haiawan berasa lebih "selesa".

Harga



330 ml - RM15.00
500 ml - RM20.00
1.0 liter - RM35.00
2.0 liter - RM60.00
5.0 liter - RM125.00
25 liter - RM550.00


dari blog... cukayu.blogspot.com

Saturday, September 13, 2008

ASPEK PENTING

Berikut merupakan aspek yang penting

· Penyediaan dan pemeraman

Rumah cendawan

- Pada peringkat permulaan, keadaan rumah cendawan hendaklah gelap sedikit sementara pada peringkat penuaian, keaadaan rumah perlulah cerah tetapi jangan biarkan cahaya matahari terus mengenai beg cendawan. Ini adalah kerana misilium akan cepat bergerak dalam keadaan gelap.
- Suhu didalam rumah cendawan hendaklah sentiasa sejuk yang bertujuan untuk mempercepatkan misilium bergerak disamping hasil yang banyak berbanding dengan suhu biasa. Kandungan kelembapan yang paling sesuai untuk rumah cendawan ialah 80%.
- Keadaan rumah yang bersih juga akan mempengaruhi hasil cendawan. Untuk kutipan hasil pertama biasanya adalah sama tetapi untuk pengeluaran seterusnya, keadaan yang bersih akan menjamin kuantiti cendawan yang banyak.

Media

- Kandungan air yang banyak biasanya akan melambatkan proses pergerakan misilium manakala air yang sedikit menyebabkan pergerakan misilium yang cepat tetapi risiko kerosakan adalah tinggi dan hasilnya juga adalah sedikit.
- Kandungan dedak juga akan mempengaruhi pergerakan misilium. Dedak yang banyak akan mempercepatkan pertumbuhan misilium tetapi risiko untuk menerima jangkitan kulat lain adalah tinggi. Antara kulat yang biasa menyerang ialah kulat hitam, merah dan kuning.
- Kepadatan media cendawan juga mempengaruhi pertumbuhan misilium. Media yang terlalu padat akan melambatkan pertumbuhan misilium. Kepadatan yang sederhana adalah yang paling sesuai.

Benih

- Benih memainkan peranan yang paling penting dalam perkembangan misilim dan juga kadar pengeluaran hasil. Benih yang baik akan menjamin mutu dan hasil pengeluaran setiap beg cendawan disamping mempengaruhi pertumbuhan misilium. Benih yang terlalu matang dan terlalu muda tidak sesuia digunakan. Biasanya tiada pertumbuhan misilium sekiranya benih terlalu matang. Masa yang paling sesuai untuk benih ialah dalam lingkungan sebulan selepas waktu matang.

Cuaca

- Cuaca sangat mempengaruhi pertumbuhan dan hasil cendawan. Biasanya cendawan akan keluar dalam kuantiti yang banyak semasa musim hujan. Masalah akan timbul pada musim panas kerana pertumbuhan cendawan sering terbantut. Lantai rumah cendawan hendaklah disiram 2-3 sekali bagi mengurangkan masalah ini.

Hasil

Waktu buka

- Tempoh yang paling sesuai untuk membuka media cendawan untuk kali pertama ialah kira-kira 60 hari dari tarikh benih disuntik. Pada masa ini, misilium adalah benar-benar matang dan biasanya kertas punutup beg cendawan akan pecah dan cendawan akan keluar dengan sendirinya. Untuk tuaian hasil kedua dan seterusnya, beg cendawan boleh dibuka kira-kira 10-14 hari selapas tuaian hasil sebelumnya.

Tuai

- Kebiasaannya, cendawan akan dapat dituai selepas 4-5 hari beg cendawan dibuka. Tetapi ianya tidak menentu kerana pertumbuhan cendawan sentiasa bergantung pada keadaan cuaca dan sekeliling.

Pemasaran

Untuk menjamin kualiti, cendawan yang telah dituai seharusnya dipasarkan dengan segera. Ini adalah kerana cendawan merupakan sejenis tumbuhan yang tidak tahan lama selepas dipetik. Cendawan akan biasanya akan dapat bertahan selama 5-7 hari didalam peti dan hanya 1-2 hari dalam keadaan biasa

SEDIKIT INFO PENJAGAAN

sikit info cara penjagaan dia...

1. Bangsal- suhu maintain bwh 30 celcius- lantai pasir sentiasa basah- ada "siling" plate aluminium (biasanya guna utk air-cond bangunan) & 1 lapisan net hitam 50%- bangsal tertutup habis dgn net hitam, takde lobang2 utk aym itik masuk

2. Penjagaan BongkahUtk Tuaian pertama- buka & kikis mulut bongkah utk buang yg tercemar, pastu korek sikit (dlm 1mm je)- spray halus mulut bongkah- tutup balik utk sekurg2nya 5hari- lepas 5 hari, buka balik & spray halus (pagi), ptg siram beg dari sisi & blkg sampai basah- maintain siraman sisi & blkg beg utk hari2 seterusnya setiap pagi & ptg (tkde lagi spray2 mulut)- dari hari ke-4 dan seterusnya, cek kelembapan cendawan yg tumbuh dgn tangan, kalau rasa kering, spray halus pd cendawan pd jarak 2 kaki.. agak2 cdwn tu dpt tempias2 je.. jgn direct nti lembik terus (mcm aku kena heheheh)- pastu mcm biasa, petik bila mula berombak atau bile pelanggan dah mula bising...

3. Kaedah Mengorek...- gunakan rod alumunium yg pipih hujungnya.. mcm sudu kecik la lebih kurg.. yg penting.. bersih giler.. (dia guna aluminium dari ariel tv terbuang yg dipipihkan ujungnya)- gunakan larutan nipis dettol utk bersihkan rod & lap dgn kain bersih selepas korek lebih kurg 10 bongkah- bersihkan saki baki akar cdwn & kikis sikit permukaan miselium.. sikit je.. mcm garu2 je- spray air halus sket.. bagi dpt tempias aje dah cukup..- tutup balik & rehatkan beg utk sekurg2nya 7hari****

PENTING: pastikan setiap beg siap diservis & tutup balik pd hari yg sama lepas memetik

PENYEDIAAN MEDIA

1. Penyediaan Beg Media Cendawan

Beg media cendawan perlu disediakan sebagai media tempat maisilium cendawan tumbuh. Bahan-bahan yang digunakan ialah habuk kayu getah, dedak halus, kapur pertanian (CaCO3) dan air. Peralatan yang digunakan ialah beg plastik ( saiz 8 inci x 12 inci, tahan panas), leher dan penutup beg, kapas, dan penyodok kecil. Cara-cara penyediaan beg cendawan adalah seperti berikut.

· Habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian digaul pada kadar 100 : 10 : 1 mengikut berat.
· Air disiram sehingga habuk kayu tidak berderai apabila dikepal. Biasanya kita angarkan pengunaan air adalah 70 peratus daripada berat habuk kayu.
· Campuran habuk kayu getah dimasukkan ke dalam beg plastik dan hentak dengan tangan sehingga padat.
· Leher dan tutup dipasang ( penutup disumbat dengan sedikit kapas)
· Teruskan kerja (a), (b), (c) dan (d) sehingga habis habuk kayu yang telah dibancuh.

2. Pengukusan Beg Media Cendawan

Selepas peyediaan beg media cendawan, pengukusan perlu dijalankan untuk membunuh segala organisma yang terdapat di dalam habuk kayu supaya tidak berlaku pencemaran. Pengukusan dibuat dengan menggunakan tong dram, set dapur kayu untuk menjimatkan kos, pelapik dan penutup tong drum ( besen alumunium). Cara-cara untuk pengukusan beg media cendawan adalah seperti berikut:
· Pelapik diletakkan setinggi 12 cm kedalam tong drum
· Air diisikan ke dalam tong dram sama paras dengan tinggi pelapik
· Beg-beg media cendawan disusun secara menegak kedalam tong dram dan tutup rapat dengan besen alluminium.
· Kukus selama 6 jam
· Beg-beg media cendawan dikeluarkan dari tong dram dan disejukkan selama 1 malam.

3. Penyuntikan benih

Selepas pengukusan beg media cendawan dan pemilihan benih dilakukan, kerja yang mesti dijalankan ialah penyuntikan benih yng dijalankan di dalam bilik khas yang bersih supaya tidak berlaku pencemaran. Bilik penyuntikan akan di pastikan bebas daripada bakteria dengan memasang lampu ultravoilet selama 30 minit untuk membasmi kuman. Bahan dan peralatan yang diperlukan ialah benih cendawan, pencungkil besi, lilin, marker pen dan mancis api. Cara-cara menyuntik benih adalah seperti berikut.

· Benih yang baik dipilih iaitu yang berwarna putih bersih
· Pencungkil besi dipanaskan (layur) di atas api untuk membunuh semua organisma yang boleh menyebabkan pencemaran.
· Benih cendawan di hancurkan dengan pencungkil yang telah dilayur.
· Mulut beg media cendawan dibuka dan benih cendawan dimasukkan anggaran satu sudu besar.
· Penutup mulut beg media cendawan dilayur dan leher beg media cendawan dipasang kembali.
· Tarikh benih disuntik dicatat pada beg cendawan
· Beg media cendawan diperam selama 50 – 60 hari sehingga maisilium cendawan memenuhi beg.


4. Penjagaan Beg Cendawan

· Beg-beg yang telah disuntik ditempatkan di suatu ruangan khas untuk proses pemeraman sebelum dialih ke rak
· Keadaan suhu antara 30 C – 32 C adalah sesuai bagi pertumbuhan maisilium semasa pemeraman.
· Suhu dalam rumah cendawan yang sesuai untuk pertumbuhan cendawan ialah 28 C – 30 C.
· Untuk mendapatkan suhu rendah dan kelembapan yang diperlukan, rumah cendawan disiram 2 kali sehari iaitu pagi dan petang. Siraman dilakukan ke arah dinding, lantai, beg media cendawan dan juga bumbung rumah cendawan. Lantai ynag bersimen dapat mengangkung air.
· Beg-beg cendawan yang telah tercemar iaitu beg-beg yang berwarna merah jingga, hitam, kuning kehijauan serta beg yang telah dimasuki oleh serangga dan berulat dimasukkan ke dalam plastik sampah dibuang atau dimusnahkan.
· Beg-beg yang telah tua dan tidak ekonomik dikeluarkan dari rumah cendawan. Beg-beg ini boleh dikitar semula sebagai baja kompos tanaman.
· Persekitaran rumah cendawan dibersihkan dari rumpai dan sampah sarap.
· Banyakkan menanam pokok-pokok rendang di sekeliling rumah cendawan untuk mendapatkan suasana redup dan suhu yang rendah.
· Pengudaraan yang baik diperlukan untuk pertumbuhan cendawan yang subur.
· Rumah cendawan hanya memerlukan cahaya yang lemah dan serata. Pancaran cahaya matahari yang terus kedalam rumah cendawan akan membantutkan pertumbuhan cendawan.




5. Memungut Hasil.

Selepas pemeraman beg media cendawan selama 45 – 60 hari, kerja yang selanjutnya ialah memungut hasil. Cara-cara memungut hasil adalah seperti berikut:
· Setelah maisilium memenuhi beg media cendawan, pindahkan dan susun beg secara rebah di atas rak di dalam rumah cendawan. Suhu yang sesuai di dalam rumah cendawan ialah 28 C – 30 C.
· Mulut beg media cendawan dibuka dan hasil pertama akan keluar dalam masa 3 – 5 hari setelah dibuka.
· Air disembur di dinding, lantai dan badan beg-beg media cendawan pada waktu pagi dan petang untuk meninggikan kelembapan dan merendahkan suhu.
· Cendawan yang telah berkembang dipungut sebelum bahagian tepi kelilingnya menjadi berombak dan pecah.
· Mulut beg media cendawan ditutup kembali dan direhatkan selama 7 – 10 hari sebelum dibuka semula untuk pengeluaran hasil berikutnya.

Kutipan hasil pertama cendawan ialah di antara 50 – 60 hari selepas menuntik benih. Kutipan berikutnya pula adalah selepas 10 – 14 hari beg direhatkan. Sekali kutipan hasil boleh mencapai jumlah sebanyak 50 – 70 g/beg dan satu beg media cendawan boleh memberikan 5 – 6 kali kutipan hasil untuk selama 3 – 4 bulan. Cendawan yang telah dipetik boleh disimpan dalam peti sejuk pada suhu 5 C – 10 C selama 3 – 4 hari.



6. Pengawalan Perosak dan Penyakit.

· Sekiranya beg-beg media cendawan dikukus dengan cukup iaitu sekurang-kurangnya 6 jam dengan menggunakan tong dram, segala perosak dan penyebab penyakit didalam beg akan mati dan musnah.
· Keadaan rumah cendawan yang sentiasa bersih dan cukup pengudaraan boleh mengurangkan serangan perosak dan kejadian penyakit.

· Penyakit yang disebabkan oleh kulat Neurospora spt. yang berwarna merah jingga biasanya menyerang di peringkat awal. Jika ini berlaku, beg-beg yang yang diserang dimasukkan ke dalam plastik dan dimusnahkan. Rak rak kosong dan ruang-ruang di dalam rumah cendawan disembur dengan larutan Dettol 10% atau klorok.
· Sekiranya terdapat serangan kulat lain, beg-beg akan berwarna kehijauan, kekuningan atau kehitaman. Beg-beg tersebut dimasukkan kedalam plastik dan dibuang atau dimusnahkan.
· Serangan bakteria boleh dikenalpasti apabila batang dan kelopak cendawan berwarna perang dan berlendir. Untuk mengelakkan penyakit ini, rumpun cendawan segera dicabut dan ditutup serta direhatkan. Siraman air akan dikurangkan dan sistem pengudaraan dalam rumah cendawan dibaiki.
· Serangan serangga boleh dielakkan dengan memasang jaring di sekeliling dinding rumah cendawan supaya rumah cendawan kalis serangga. Jika terdapat ulat di dalam beg media cendawan, beg-beg tersebut dikukus selama 1-2 jam dan dimusnahkan.
· Jika terdapat tanda-tanda serangan tikus, lipas dan semut, racun yang berbentuk umpan atau perangkap digunakan. Dengan ini, pencemaran racun tidak akan berlaku ke atas cendawan.

mula dengan azam baru....

Setelah sekian lama tidak mengemaskini blog.... kini saya kembali untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai... Terlalu banyak yang saya lalui sepanjang 10 bulan yang lepas. Mengikut sejarah hidup saya bersama cendawan ni bermula bulan 10 tahun 2007. Masa tu saya terjumpa BJ. Forum yg sarat dgn perbincangan ttg perniagaan, pertanian, hal ehwal semasa dan sebagainya. Saya tertarik dgn Cendawan kerana keunikannya. Sblm ni saya selalu dgr ttg cendawan ni di usahakan oleh org cina dan di kawasan sejuk. Rupanya skg ni zaman dah berubah . Senang rupanya nak tanam cendawan. Boleh beli bongkah yang dah matang dan boleh tuai hasil di rumah.
Bermulalah kajian ttg cendawan ni. Saya mula belajar dgn Zul Puchong. Banyak sungguh yg saya belajar dgn dia sehingga saya boleh gaul media dan tuai hasil sendiri. Saya mula bina rumah cendawan dan mula usahakan cendawan sehingga sekarang cendawan kat kampung saya masih beroperasi walaupun berkeadaan hidup segan mati tak mau. Bachok Agro Tech....
Tetapi sekarang ni saya telah mula kembali projek cendawan saya di lembah klang. Setelah penat mencari tanah dan tpt yang sesuai utk projek ni akhirnya saya telah berjaya menyakinkan rakan utk buat cendawan di KAmpung Jawa Klang. Saya bersama Zam dan Marzuki telah bersepakat utk mengusahakan cendawan secara komersial. Kini bongkah cendawan saya telah memasuki usia 3 minggu. bongkah cendawan pun dah ada 2 ribu walaupun kami mula agak lewat dari perancangan kerana sibuk dgn tugasan asal kami sebagai pekerja.
Dengan perancangan yg jitu maka tertubuhlah MULTIVAR FARM ( MULTIVAR AGRO TECH). Anak syarikat Multivar sdn bhd. Sekarang saya sedang rancak utk mencari pasaran cendawan segar dan bongkah yg matang dan setengah matang. Saya juga giat mencari kaedah baru utk menjadikan pembuatan bongkah dan pengusahaan cendawan ini berdaya maju dan senang serta murah dari segi kos. Masalah utama sekarang adalah kos yg semakin meningkat setiap masa.
Saya bertuah kerana banyak mendapat pertolongan dari rakan pengusaha yg lain yg telah menolong saya dari segi masa dan ilmu serta bahan mentah. Terima kasih En Khalid dan Zul dari Citramushroom dan En Habib. Sehingga hari ini saya masih belum pasti nama sebenar En habib ni. takper nnt boleh tanya. Juga tak lupa kpd En Faisol AYNE , dan rakan kenalan yg lain....
Kepada sesiapa yang ada pasaran tetapi kekurangan hasil boleh bincang dgn saya utk menampung hasil cendawan anda.