SIAPA SAYA

My photo
Shah Alam/ Klang, Selangor, Malaysia
Pengusaha cendawan yang bercita-cita tinggi.... untuk memajukan industri cendawan tiram kelabu

KAMI MENYEDIAKAN BAHAN ASAS UNTUK PERUSAHAN CENDAWAN


Cap/neck/stoper
Plastik bag 6 X 13
Habuk Kayu getah
Bungkah cendawan
Cendawan
Dedak padi
Kapur Pertanian
Baja Kompos (najis kambing EM)
EM.
BOI-PLANT
WOOD VINEGER(cuka kayu)

FETIGASI SISTEM

KAMI DI MULTIVAR ADA MEMBEKALKAN PERALATAN DAN BAHAN MENTAH UNTUK FETIGASI.

DRIPER
NIPLE
TIUB POLY
MINI TIUB
MEDIA
ANAK CILI
TIMER
EXTENSION
SISTEM 10 POKOK

Tuesday, April 28, 2009

PROMOSI TERBARU

WOOD VINEGER.....

RM 30- 2 LITER


EM1.....

RM17 -1 LITER
RM25 -1.5 LITER


EMAS....

RM15- 1.5 LITER

MOLESES....

RM10- 1.5 LITER


UTK PEMBELIAN MELEBIHI 10 LITER BAGI SEMUA BARANGAN AKAN DI BERI DISKAUN 10%.......


EJEN DI PERLUKAN DI SELURUH MALAYSIA......
HARGA EJEN ADALAH SPECIAL....
KEUNTUNGAN MELEBIHI 30%

update projek cili dan keli...

cili saya dah mula berbuah. terlewat sikit dari jangkaan sebab saya mengunakan sistem organik sepenuhnya....

dijangka 30 hari lagi boleh petik.....


ikan keli telah berusia 5 minggu lebih....
pembesaran tak sekata.
makanan saya selang selikan antara pallet dan cendawan.
nampaknya keli semakin sihat dan aktif...

sebulan lagi boleh goreng kot....

projek bangsal baru ...

dalam seminggu ini kami sibuk untuk menyiapkan bangsal cendawan baru. angaran saiz ialah 20 kaki* 50 kaki. target utk harvest dalam 20K. tak tau lagi cukup ke tak ruang ni... sekarang dah 30 % siap. semua kerja pertukangan ini kami buat sendiri. tapi dgn bantuan perunding pertukangan yang mahir.....
angaran kos ialah 6K

atas pakai asbestos
dinding net itam
bawah simen konkrit

sistem penyejukan atas , dalam, dan bawah.

tunggu latest update nnt...

Wednesday, March 25, 2009

IKAN KELI

MINGGU LEPAS KAMI TELAH MEMBELI 500 EKOR ANAK KELI UNTUK TUJAUAN R&D TTG KELI.





KAMI TELAH MENGUNAKAN SISTEM KAK YATI KELI ORGANIK TETAPI GAGAL... SEMUA 100 EKOR IKAN YANG MENGUNAKAN KAEDAH MAKANAN KAK YATI TELAH MATI KERANA KEKURANGAN MAKANAN DAN KERACUNAK KERANA AIR MENJADI MASAM SETELAH MENGUNAKAN KAEDAH MAKANAN ORGANIK KAK YATI...





KAMI SIMPULKAN KAT SINI BAHAWA MAKANAN ORGANIK KAK YATI TELAH GAGAL KAMI USAHAKAN.


SEKARANG INI TINGGAL 400 EKOR YANG KAMI BAGI MAKAN PALLET.





AIR NYA SAYA TAMBAHKAN SEDIKIT CUKAKAYU UTK HILANGKAN BAU HANYIR DAN EM SBG VITAMIN TAMBAHAN IKAN.

projek ternakan ayam kampung dan bandar




dua minggu lepas kami telah memulakan projek baru .....


ternakan ayam kampung dan ayam bandar...

Saturday, February 14, 2009

projek kapas bermula....

minggu lepas kami dapat dua guni sampel kapas utk buat bongkah...

Semalam kami telah siap suntik benih utk 5o sampel yang di bahagikan kpd 5 campuram yang

berlainan... misilium telah mula menuruni media selepas hari kedua....

update... 24 Mac 2009

projek kapas gagal.....

10% jer yg ok. tapi hasil belum kuar lagi.....

kami telah putuskan utk tidak memeneruskan projek KAPAS ini.

hijau, misilium x turun, dan hitam....

Thursday, February 5, 2009

PROJEK CILI FETIGASI






PROJEK CILI TELAH BERMULA..... SEKARANG TUNGGU ANAK CILI BESAR JER....

setelah sebulan di semai.... anak cili variasi cili mardi telah mula membesar dan bercabang. sekarang ini kami hanya mengunakan baja EM sahaja untuk pembajaan dan pengairan... Daun cili nampak kekuningan. ini adalah peringkat R&D kami untuk projek cili dan pembuatan baja cecair untuk sistem fetigasi. Sistem fetigasi kami adalah rekaan sendiri kerana kami hanya mengunakan satu tong baja sahaja dan satu pam. pembajaan dan pengairan di beri serentak. 5 kali sehari setiap 2 jam sekali. 150 ml setiap sesi dengan nisbah EM 1:200.
Sebelum ini kami cuba utk tidak menggunakan sebarang racun serangga tetapi terdapat serangan utu trip dan hama minggu lepas memaksa kami mengunakan Confidor untuk membunuh kutu ini. sebelum ini saya hanya mengunakan cuka kayu sebagai pestisid.
kekerapan semburan cuka kayu mesti di tingkatkan untuk mengelakan serangan dengan nisbah cuka kayu 1:1000