SIAPA SAYA

My photo
Shah Alam/ Klang, Selangor, Malaysia
Pengusaha cendawan yang bercita-cita tinggi.... untuk memajukan industri cendawan tiram kelabu

KAMI MENYEDIAKAN BAHAN ASAS UNTUK PERUSAHAN CENDAWAN


Cap/neck/stoper
Plastik bag 6 X 13
Habuk Kayu getah
Bungkah cendawan
Cendawan
Dedak padi
Kapur Pertanian
Baja Kompos (najis kambing EM)
EM.
BOI-PLANT
WOOD VINEGER(cuka kayu)

FETIGASI SISTEM

KAMI DI MULTIVAR ADA MEMBEKALKAN PERALATAN DAN BAHAN MENTAH UNTUK FETIGASI.

DRIPER
NIPLE
TIUB POLY
MINI TIUB
MEDIA
ANAK CILI
TIMER
EXTENSION
SISTEM 10 POKOK

Friday, January 4, 2008

RUMAH CENDAWAN


Rumah cendawan merupakan sebuah tempat persekitaran yang terkawal bagi penanaman cendawan. Dimana Cendawan Tiram yang ditanam akan di kawal dari segi pertumbuhan dan persekitaran yang lembab. Penanaman Cendawan Tiram memerlukan persekitaran yang bersih. Sebab itulah terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti bagi mendapat hasil tuaian yang banyak.

Penanaman Cendawan memerlukan cahaya minimum. Bagi membina rumah cendawan, penggunaan netting hitam adalah amat penting. Ini bertujuan cendawan yang ditanam selesa dengan persekitaran. Netting hitam selalunya diguna untuk membuat dinding yang telus udara dan kalis serangga. Netting hitam bagi 80 peratus penembusan cahaya, boleh dilapiskan sekali. Jika penggunaan netting hitam 40% ketelusan cahaya, hendaklah dilapiskan 2 kali.

Kelembapan rumah cendawan bagi penanaman Cendawan Tiram Kelabu adalah 80-90% kelembapan yang tinggi. Penyiraman air titisan halus boleh dilakukan kepada badan beg-beg media ataupun kepada lantai dan dinding. Ini bertujuan melembapkan keadaaan persekitaran rumah cendawan.

Cendawan Tiram Kelabu memerlukan pengudaraan yang baik. Rumah cendawan yang tidak mempunyai pengudaraan yang baik, akan membantutkan proses pembesaran cendawan. Penggunaan Netting hitam pada dinding memberi ruang udara sejuk untuk masuk ke dalam rumah cendawan dan secara tidak langsung memberi kesegaran udara di dalam rumah cendawan.

Persekitaran Rumah cendawan itu sendiri hendaklah: -
-Mempunyai Pengudaraan yang baik
-Menggunakan dinding netting
-Suhu sesuai : 28°C - 30°C
-Rumah cendawan beratap dan siram 2 kali sehari
-Kelembapan bandingan yang tinggi : 80-90%
-Siram 2 kali sehari
-kalis serangga & penyakit
-dinding netting dan lantai bersimen

UKURAN STANDARD RUMAH
Besar: 20´x 50´ - memuatkan 10,000-15,000 beg
Kecil: 20´x 15´ - memuatkan 3,000-4,500 beg
Rumah cendawan tidak sesuai terlalu besar kerana sukar untuk mengawal jangkitan penyakit.

RUANG DALAM BANGUNAN RUMAH CENDAWAN???
a) Ruang Penyediaan - ruang menggaul
b) Ruang Pengukusan - ruang beg dibasmi kuman
c) Bilik Suntik - ruang menyuntik benih
d) Bilik Pemeraman - ruang untuk meletak beg media semasa pemeraman
e) Ruang Pengeluaran Hasil - ruang menyusun beg untuk memungut hasil

Thursday, January 3, 2008

PERMULAAN BICARA

HARI INI SAYA BARU DPT BUAT BLOG SENDIRI SETELAH SEKIAN LAMA MENJELAJAH LAMAN KENGKAWAN....
OTAI2 DLM BIDANG CENDAWAN...
SEBENARNYA SAYA BARU SAJA SETUP FARM CENDAWAN SENDIRI UTK BELAJAR MENANAM CENDAWAN...
SBLM INI SAYA BANYAK MELUANGKAN MASA UNTUK BERBICARA DALAM FORUM BJ... BANYAK PENGALAMAN DAN ILMU TTG CENDAWAN DAN PERNIAGAAN TLH DIPEROLIHI DLM FORUM INI....
RAKAN 2 CENDAWAN YG LAI BANYAK MEMBANTU SAYA UTK TERUS MAJU KE DEPAN BERSAMA CENDAWAN SAYA....
SETELAH YAKIN DGN POTENSI CENDAWAN INI SAYA MENGIKUTI KURSUS INTENSIF BERSAMA CENDAWAN PUCHONG...
DISAMPING BERKENALAN DAN MELAWAT FARM PENGUSAHA CENDAWAN YG TELAH BERJAYA. SEMESTINYA MODEL CENDAWAN PUCHONG TLH MENJADI RUJUKAN UTAMA SAYA SEMASA SETUP DAN DITAMBAH DGN ILMU DR PENGUSAHA LAIN SPT FATISHA, LUTFI. SAIFULAM, CITRA, AZNEEZA.