SIAPA SAYA

My photo
Shah Alam/ Klang, Selangor, Malaysia
Pengusaha cendawan yang bercita-cita tinggi.... untuk memajukan industri cendawan tiram kelabu

KAMI MENYEDIAKAN BAHAN ASAS UNTUK PERUSAHAN CENDAWAN


Cap/neck/stoper
Plastik bag 6 X 13
Habuk Kayu getah
Bungkah cendawan
Cendawan
Dedak padi
Kapur Pertanian
Baja Kompos (najis kambing EM)
EM.
BOI-PLANT
WOOD VINEGER(cuka kayu)

FETIGASI SISTEM

KAMI DI MULTIVAR ADA MEMBEKALKAN PERALATAN DAN BAHAN MENTAH UNTUK FETIGASI.

DRIPER
NIPLE
TIUB POLY
MINI TIUB
MEDIA
ANAK CILI
TIMER
EXTENSION
SISTEM 10 POKOK

Friday, November 28, 2008

JUMPA OTAI LAU.... (sungai kandis)

Minggu lepas kami berpeluang berjumpa MR LAu dari CENDAWANMUSH kat sungai kandis. Mr LAu ni dah 18 tahun buat cendawan. dan dia adalah supplier benih yg terbasar. Simple dan steady orgnya. Ramah dan suka bg nasihat dan pendapat. senang berbual dengannya... HAmpir dua jam kami dapat banyak ilmu ttg cendawan darinya. Dari aspek habuk sehingga aspek keuntungan selepas 6 bulan. Maknanya sehingga bongkah tadi jadi bahan kompos. Benih yg kami beli dari Lau telah kami suntik dua hari lepas dan misilium nampaknya tutur dengan laju. Benih ni kuat. kami dapat pun hanya 10 beg sebab kami mintak 10 jer masa telepon tu. tapi kami dah order dengannya 20 beg seminggu...
mesih gaul, mesin ayak, mesin masuk, dan stemear di reka dan di buat sendiri.
reject rate yg mesti kita jaga ialah bawah 20% sebab cendawan adalah tumbuhan yg sangat sensitif. cendawan tumbuh di hutan secara semulajadi. kita akan cuba jadikan bongkah kita dan rumah cendawan setara dgn keadaan semulajadi di hutan...
bongkah mesti cukup adunan dan bahan2 mesti di masak secukupnya supaya cendawan dpt nutrian yg cukup utk tumbuh. jangan tamak kerana jika kita biasa buat 200 beg maknanya kita dah kuarkan modal RM120 sehari... pastikan kita akan dpt balik modal tu baru kita dapat bertahan. satu lagi disiplin mesti dijaga... jangan nak tipu sukatan habuk, dedak, kapur, air, Em dan sebagainya.... mesti berjaya... bongkah yang telah masak di kukus mestilah wangi macam nasik yg kita baru masak... sedap... baru cendawan suka...

Ruang Semakin Sempit...

Ruang rumah cendawan kami semakin kurang kerana kami mula mempraktikan cara peraman tegak berbanding baring sebelum ini... Rak tegak belum di buat lagi... menunggu suntikan capital yg baru. Sehingga hari ini rumah cendawan kami telah dipenuhi dengan 6K bongkah berbagai peringkat.. dari yang baru suntik sehingga yg sudah keluar hasil.... Kapasiti pembuatan bongkah telah di tingkatkan sehingga 2K seminggu. Jadi kami terpaksa membesarkan rumah cendawan kami. Bahan mentah terpaksa dikeluarkan dari bilik utk memberi ruang kepada rak peram dan ruang suntikan.

Friday, November 21, 2008

Rakan niaga cendawan

Kepada rakan cendawan area klang dan shah alam dan sekitarnya...
KAmi di multivar ingin berkongsi idea dan peluang untuk memajukan industri cendawan. Sekarang ini kami telah menerima banyak peluang perniagaan dan tawaran bahan mentah cendawan dengan harga yang rendah. Saya ingin mencari rakan cendawan yang ingin mendapatkan bahan dgn harga rendah menyertai kami di multivar. Kami ada mendapat plastik PP dgn harga RM9/ kg, dedak padi Rm0.90/kg, neck 6sen/ pcs, tutup rehat 4.5sen/ pcs.Cuka kayu Rm 30/liter.
JAdi kepada sesiapa yang ingin menurunkan kos boleh berbincang dengan kami di multivar. Kami juga ingin mencari rakan untuk memasarkan cendawan segar kami. Dan kami juga ingin memasarkan cendawan segar anda sekiranya hasil kami tidak dapat menampung permintaan. setakat hari ini kami telah menerima tampahan lebih dari perngluaran kami. jadi kepada yg ingin memasarkan cendawan segar kami sedi membantu dengan harga yang berpatutan.

Kami sedang mengembangkan pengeluaran bongkah kerana permintaan untuk bongkah juga amat tinggi. Kami berusaha untuk membuat pembaikan terhadap sistem pengaulan dan pembungkusan bongkah. Kami juga sedang menambah baik sistem kukusan kami.

Minggu yang Gembira dan sibuk....

Minggu lepas adalah minggu yang sibuk bagi ahli multivar... Kami terpaksa bekerja keras untuk menyiapkan order bongkah. Target sekarang adalah untuk memenuhi bangsa sebanyak 20K disamping memenuhi permintaan bongkah yang matang dan separa matang... setakat hari ini kami telah menerima tempahan sebanyak 5K. Kami berbesar hati untuk terus menerima tempahan bongkah sehingga tahun depan.





Kami berteria kasih kepada bekas rakan sekerja di Flextronics Shah Alam kerana sudi melawat bangsal kami dan menolong kami membuat bongkah. Mr Seelen, Mr Jamal, Cik Ebie (fetigasi team), Cik PAh, Cik Shima, Cik Aida dan Tunang (En Ismail)... Lain kali boleh datang lagi.. kita boleh layan cendawan goreng dah lepas ni....





Cendawan kami telah selamat mengeluarkan hasil yang di tunggu oleh ahli lembaga pengarah.





Esok kami akan menjamu selera dengan cendawan goreng segar dari ladang.





Friday, November 7, 2008

BONGKAH DAH MATANG

KAMI MULA MENJUAL BONGKAH CENDAWAN MATANG.
HARGA RM 1.60 . PENGHANTARAN DALAM KUANTITI YANG BANYAK KAMI SEDIAKAN.
BAHAN MENTAH PUN KAMI ADA BEKALAN.
PERALATAN BOLEH DI PEROLEHI DI TEMPAT KAMI.
SEMUA NYE BOLEH DI URUSKAN...

MASA TAK CUKUP....

7/11/2008

Selepas dekat 2 bulan saya mula membuat bongkah saya mula rasa sibuk. Masa seharian rasa sekejap ajer.
Pagi kul 9 keluarkan beg yang telah di kukus.
Pastu masukan beg baru untuk di kukus.
Pastu masukan benih beg yang telah semalaman sejuk.
Pastu mula mengangkut habuk utk di gaul.
Pastu ayak habuk kayu utk asingkan serpihan kayu dan ketulan yg besar.
Pastu mula mengaul habuk kayu... tapi pakai mesin lah. Satu kali mesin 10 kilo jer.. banyak2 tak rata nnt.
Pastu mula begging.
Pastu belum siap begging azan zohor dah kedengaran.
Pastu makan dan sembahyang
Pastu terukan begging sehingga siap.
Pastu tutup api kukus...
Azan asar mula kedengaran...
satu hari nak siap gaul 200 beg pun susah.... penat woo nak buat cendawan...
Pastu... kawan saya (ZAM) mula membebel suruh amik budak utk tambahkan kuantiti..
PASTU KAMI SAMA SAMA TERGELAK.... SUSAH JUGAK KERJA SENDIRI NI...