SIAPA SAYA

My photo
Shah Alam/ Klang, Selangor, Malaysia
Pengusaha cendawan yang bercita-cita tinggi.... untuk memajukan industri cendawan tiram kelabu

KAMI MENYEDIAKAN BAHAN ASAS UNTUK PERUSAHAN CENDAWAN


Cap/neck/stoper
Plastik bag 6 X 13
Habuk Kayu getah
Bungkah cendawan
Cendawan
Dedak padi
Kapur Pertanian
Baja Kompos (najis kambing EM)
EM.
BOI-PLANT
WOOD VINEGER(cuka kayu)

FETIGASI SISTEM

KAMI DI MULTIVAR ADA MEMBEKALKAN PERALATAN DAN BAHAN MENTAH UNTUK FETIGASI.

DRIPER
NIPLE
TIUB POLY
MINI TIUB
MEDIA
ANAK CILI
TIMER
EXTENSION
SISTEM 10 POKOK

Saturday, September 13, 2008

PENYEDIAAN MEDIA

1. Penyediaan Beg Media Cendawan

Beg media cendawan perlu disediakan sebagai media tempat maisilium cendawan tumbuh. Bahan-bahan yang digunakan ialah habuk kayu getah, dedak halus, kapur pertanian (CaCO3) dan air. Peralatan yang digunakan ialah beg plastik ( saiz 8 inci x 12 inci, tahan panas), leher dan penutup beg, kapas, dan penyodok kecil. Cara-cara penyediaan beg cendawan adalah seperti berikut.

· Habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian digaul pada kadar 100 : 10 : 1 mengikut berat.
· Air disiram sehingga habuk kayu tidak berderai apabila dikepal. Biasanya kita angarkan pengunaan air adalah 70 peratus daripada berat habuk kayu.
· Campuran habuk kayu getah dimasukkan ke dalam beg plastik dan hentak dengan tangan sehingga padat.
· Leher dan tutup dipasang ( penutup disumbat dengan sedikit kapas)
· Teruskan kerja (a), (b), (c) dan (d) sehingga habis habuk kayu yang telah dibancuh.

2. Pengukusan Beg Media Cendawan

Selepas peyediaan beg media cendawan, pengukusan perlu dijalankan untuk membunuh segala organisma yang terdapat di dalam habuk kayu supaya tidak berlaku pencemaran. Pengukusan dibuat dengan menggunakan tong dram, set dapur kayu untuk menjimatkan kos, pelapik dan penutup tong drum ( besen alumunium). Cara-cara untuk pengukusan beg media cendawan adalah seperti berikut:
· Pelapik diletakkan setinggi 12 cm kedalam tong drum
· Air diisikan ke dalam tong dram sama paras dengan tinggi pelapik
· Beg-beg media cendawan disusun secara menegak kedalam tong dram dan tutup rapat dengan besen alluminium.
· Kukus selama 6 jam
· Beg-beg media cendawan dikeluarkan dari tong dram dan disejukkan selama 1 malam.

3. Penyuntikan benih

Selepas pengukusan beg media cendawan dan pemilihan benih dilakukan, kerja yang mesti dijalankan ialah penyuntikan benih yng dijalankan di dalam bilik khas yang bersih supaya tidak berlaku pencemaran. Bilik penyuntikan akan di pastikan bebas daripada bakteria dengan memasang lampu ultravoilet selama 30 minit untuk membasmi kuman. Bahan dan peralatan yang diperlukan ialah benih cendawan, pencungkil besi, lilin, marker pen dan mancis api. Cara-cara menyuntik benih adalah seperti berikut.

· Benih yang baik dipilih iaitu yang berwarna putih bersih
· Pencungkil besi dipanaskan (layur) di atas api untuk membunuh semua organisma yang boleh menyebabkan pencemaran.
· Benih cendawan di hancurkan dengan pencungkil yang telah dilayur.
· Mulut beg media cendawan dibuka dan benih cendawan dimasukkan anggaran satu sudu besar.
· Penutup mulut beg media cendawan dilayur dan leher beg media cendawan dipasang kembali.
· Tarikh benih disuntik dicatat pada beg cendawan
· Beg media cendawan diperam selama 50 – 60 hari sehingga maisilium cendawan memenuhi beg.


4. Penjagaan Beg Cendawan

· Beg-beg yang telah disuntik ditempatkan di suatu ruangan khas untuk proses pemeraman sebelum dialih ke rak
· Keadaan suhu antara 30 C – 32 C adalah sesuai bagi pertumbuhan maisilium semasa pemeraman.
· Suhu dalam rumah cendawan yang sesuai untuk pertumbuhan cendawan ialah 28 C – 30 C.
· Untuk mendapatkan suhu rendah dan kelembapan yang diperlukan, rumah cendawan disiram 2 kali sehari iaitu pagi dan petang. Siraman dilakukan ke arah dinding, lantai, beg media cendawan dan juga bumbung rumah cendawan. Lantai ynag bersimen dapat mengangkung air.
· Beg-beg cendawan yang telah tercemar iaitu beg-beg yang berwarna merah jingga, hitam, kuning kehijauan serta beg yang telah dimasuki oleh serangga dan berulat dimasukkan ke dalam plastik sampah dibuang atau dimusnahkan.
· Beg-beg yang telah tua dan tidak ekonomik dikeluarkan dari rumah cendawan. Beg-beg ini boleh dikitar semula sebagai baja kompos tanaman.
· Persekitaran rumah cendawan dibersihkan dari rumpai dan sampah sarap.
· Banyakkan menanam pokok-pokok rendang di sekeliling rumah cendawan untuk mendapatkan suasana redup dan suhu yang rendah.
· Pengudaraan yang baik diperlukan untuk pertumbuhan cendawan yang subur.
· Rumah cendawan hanya memerlukan cahaya yang lemah dan serata. Pancaran cahaya matahari yang terus kedalam rumah cendawan akan membantutkan pertumbuhan cendawan.




5. Memungut Hasil.

Selepas pemeraman beg media cendawan selama 45 – 60 hari, kerja yang selanjutnya ialah memungut hasil. Cara-cara memungut hasil adalah seperti berikut:
· Setelah maisilium memenuhi beg media cendawan, pindahkan dan susun beg secara rebah di atas rak di dalam rumah cendawan. Suhu yang sesuai di dalam rumah cendawan ialah 28 C – 30 C.
· Mulut beg media cendawan dibuka dan hasil pertama akan keluar dalam masa 3 – 5 hari setelah dibuka.
· Air disembur di dinding, lantai dan badan beg-beg media cendawan pada waktu pagi dan petang untuk meninggikan kelembapan dan merendahkan suhu.
· Cendawan yang telah berkembang dipungut sebelum bahagian tepi kelilingnya menjadi berombak dan pecah.
· Mulut beg media cendawan ditutup kembali dan direhatkan selama 7 – 10 hari sebelum dibuka semula untuk pengeluaran hasil berikutnya.

Kutipan hasil pertama cendawan ialah di antara 50 – 60 hari selepas menuntik benih. Kutipan berikutnya pula adalah selepas 10 – 14 hari beg direhatkan. Sekali kutipan hasil boleh mencapai jumlah sebanyak 50 – 70 g/beg dan satu beg media cendawan boleh memberikan 5 – 6 kali kutipan hasil untuk selama 3 – 4 bulan. Cendawan yang telah dipetik boleh disimpan dalam peti sejuk pada suhu 5 C – 10 C selama 3 – 4 hari.



6. Pengawalan Perosak dan Penyakit.

· Sekiranya beg-beg media cendawan dikukus dengan cukup iaitu sekurang-kurangnya 6 jam dengan menggunakan tong dram, segala perosak dan penyebab penyakit didalam beg akan mati dan musnah.
· Keadaan rumah cendawan yang sentiasa bersih dan cukup pengudaraan boleh mengurangkan serangan perosak dan kejadian penyakit.

· Penyakit yang disebabkan oleh kulat Neurospora spt. yang berwarna merah jingga biasanya menyerang di peringkat awal. Jika ini berlaku, beg-beg yang yang diserang dimasukkan ke dalam plastik dan dimusnahkan. Rak rak kosong dan ruang-ruang di dalam rumah cendawan disembur dengan larutan Dettol 10% atau klorok.
· Sekiranya terdapat serangan kulat lain, beg-beg akan berwarna kehijauan, kekuningan atau kehitaman. Beg-beg tersebut dimasukkan kedalam plastik dan dibuang atau dimusnahkan.
· Serangan bakteria boleh dikenalpasti apabila batang dan kelopak cendawan berwarna perang dan berlendir. Untuk mengelakkan penyakit ini, rumpun cendawan segera dicabut dan ditutup serta direhatkan. Siraman air akan dikurangkan dan sistem pengudaraan dalam rumah cendawan dibaiki.
· Serangan serangga boleh dielakkan dengan memasang jaring di sekeliling dinding rumah cendawan supaya rumah cendawan kalis serangga. Jika terdapat ulat di dalam beg media cendawan, beg-beg tersebut dikukus selama 1-2 jam dan dimusnahkan.
· Jika terdapat tanda-tanda serangan tikus, lipas dan semut, racun yang berbentuk umpan atau perangkap digunakan. Dengan ini, pencemaran racun tidak akan berlaku ke atas cendawan.

No comments: